Isnin, 20 Disember 2010

baby!!

hye..

lama gila kut tak update,malas laaa..huhuhuhu..takde apa nak digebangkan..

owh ye! lebih kurang 3 bulan lepas aku terjumpa satu makhluk..makhluk yang sangat comel, helpless, sangat innocent, kiut miut sume laa..

haaa,kiut tak?? kiut kannn.......



aku nama kan dia ming ming..sempena nama burung or itik comel wonderpets tu..kehkeh..si ming ming ni kami selamatkan bila dia hampir-hampir kena langgar dengan kereta..kesian aku tengok dia terketar-ketar nyuruk bawah kereta, nampak sangat dia takut..so mr H dengan cargasnye terus meluru nak tangkap si ming ming ni..mula-mula dia lari, tapi bila mr H pusing nak balik je, dia keluar balik cam memanggil-manggil, merelakan je mr H amik dia..kami terus masukkan dalam kereta dan bawak dia balik..masa bawak balik tu ming ming ni senyap je, siap panjat atas bahu lagi..hehehe...

mula-mula bawak balik kitorang bagi makanan, terus dia lahap ngan laparnye..lepas tu dia bantai tido sampai ke petang esoknya..mr H dah merungut "asyik tido je kucing nih.." hehehe..tapiii....jangan terpedaya ngan muka innocent cenonet dia tuh..sebaik je bangun tido dia terus main tak hengat sampai nak roboh rumah aku! hehehe..pantang kitorang gerakkan tangan or kaki, sure kena geget..haih! aktif yang amat la pulak, sampai rasa tak secure kat rumah sendiri..kena sentiasa berjaga-jaga takut dia terkam anytime! pernah aku ngah bercakap dia terkam muka aku! so, untuk elakkan aku n mr H terus teraniaya (ceh, mcm parah sangat) kami bercadang nak carikan kawan untuk dia..so,tanpa dicari-cari tetiba opismate aku offer kucing dia..dia nak clearkan cattery dia sebab dah ramai sangat sampai tak terjaga..jadik, tiba la budak macho nih....

amacam? gua macho tak geng??

ni aku nama kan dia mochi..dia ni persian cross..mak dia kena rape masa sneak out tengah-tengah malam..hohoho..ni kawan aku yang kata,hehehe..nampak tu comot kemain lagik..kawan aku ni ngah pregnant, so semua kucing-kucing dia cage kan kat belakang rumah..masa mula-mula aku amik, mata dia berair je..ingatkan sakit mata..tapi dalam perjalanan nak balik rumah, aku dengar dia bersin-bersin..ahh sudah, selesema la pulak...macam terdengar vet memanggil-manggil.....

Ahad, 24 Oktober 2010

rasa

sakitnye..
boleh membunuh aku dalam diam..
boleh meresahkan jiwa yang kelam..
boleh membakar mimpi yang telah padam..

resahnya..
bikin hatiku tak boleh diam..
bikin tenangku berkocak dalam..
bikin senyumku makin suram..

seksanya..
bila lara datang merapat..
bila mata ku pejam erat..
bila hatiku ku tutup rapat..

menangis..
saat lidah tak mampu bicara..
saat hati jiwa ku lara..
saat bahagia tak lagi ku gembira..

Rabu, 13 Oktober 2010

vs



Sekarang ni sume orang giler kan Maher Zain. Sana sini Maher Zain.. Fb Maher Zain, Youtube Maher Zain.. Malah bukak radio pun lagu Maher Zain.Dalam status fb masing-masing pun sibuk duk persoalkan siapa & apa istimewanya manusia bernama Maher Zain ni. Tapi yang peliknya ramai yang sibuk duk persoalkan populariti Maher Zain ni adalah lelaki..hmmm,jeles kah? kekekek..dan tak kurang jugak ada yang menyampah tengok gelagat awek-awek bertudung terkinja-kinja pegi showcase Maher Zain. yela,kununnye tak sesuai dengan konsep muzik yang si Maher ni bawak.Susahkan?Tengok konsert yang penuh ngan lagu-lagu memuji Allah pun kena kutuk. Well,ada kebenarannya jugak apa yang dorang kutukkan tu. Mentang-mentangla si Maher tu encem,kemain lagik korang ek! Enjoy tak salah,excited pun tak salah..asalkan jangan melampaui batas dan menyalahi konsep. Aku tanak sentuh pasal hukum,sebab sume pun tau ape hukum pegi tempat yang percampuran lelaki dan perempuan begitu bebas. Apa pun aku peminat Maher Zain.korang nak kata apa pun kata la.aku da beli album dia,hakhak! Bagi aku dia ni jadik fenomena sebab dia ada kriteria yang membolehkan dia diterima ramai - encem, berbakat, lagu-lagu yang baik.
                                                                      


  maher zain 
Imej dia pun baik..kita lupa kan lah kisah hitam dia sebelum ni. Semua orang ada sejarah masing-masing. Kira bagus dia berhijrah kearah yang lebih baik.Sepatutnya sebagai saudara seagama kita bagi sokongan kat dia,bukan kutuk. Kalau betul pun dia nak kaut keuntungan dengan cara ni, tu antara dia dengan Tuhan. Kita sebagai hamba ni tak layak nak menghakimi orang lain. mana tau lagu-lagu dia tu boleh bagi keinsafan kat orang lain..bukan ke bagus tu..aku sendiri pun bila dengar lagu-lagu dia cepat tersentuh hati..owh,banyak sungguh dosa-dosa aku,,iskk!

Selain Maher Zain, Glambekk@adam lambert pun nak datang sini buat konsert.yang ni aku tak dengar sepatah haram orang duk persoalkan dia.padahal dia ni kemain lagik GAY yang amat.takde plak korang nak kata dia datang sini nak kaut untung,padahal terang-terangan dia memang buat konsert sebab nak untung.aku memang tak berkenan lah ngan dia ni,tak kira lah orang puji dia cemana pun.buat lah promo berdentum pun aku tak hingin nak pi..dah la mekap tebal nak mampus.dan dia plak fofular sebab ape yek?lagu dia sedaplah jugak,boleh buat lagu tahan ngantuk..hehehe..



     adam lambert           






   



kudos images to mr google!

Selasa, 12 Oktober 2010

Ohhh mai...

Omaigod! Omaigod! macam mana aku boleh lupa!!!!! Ohhh my gucci..ehh??

Walawei, aku tak sangka aku boleh tatau yang Ramlee Awang Murshid dah kuarkan novel terbaru (yang tak berapa baru sangat dahh!!) Padahal aku antara pengumpul novel-novel dia slama nih..semua novel dia aku ada.. Yang paling aku suka trilogi Bagaikan Puteri..sambungan trilogi ni la yang da kuar lantas aku tatau! Tajuk dia CINTA SUFI. Dengan segera tangan aku capai hp n jari-jari demok aku nih dgn pantas dan tuntas sms Mr.H..
'BALIK NANTI SILA BELI NOVEL RAMLEE AWANG MURSHID YANG TERBARU DI KEDAI BIASA SEBAB KAT SITU MURAH CKIT,DAPAT DISKAUN'..hehehehehe..baguskan?

Buat pengetahuan korang yang tak pernah baca novel-novel Ramlee Awang Murshid nih (panjang betul nak kena taip) novel dia adalah marvellous! menjilatttttttttt......jari. Segala elemen ada..yang paling aku suka dia terapkan elemen keagamaan dalam setiap novel dia tanpa unsur yang membosankan..bosankah belajar agama??owh,jahil sungguh aku ini.. btw, pada sesiapa yang minat novel-novel melayu dan belum pernah baca karya beliau,aku cadangkan korang pegi kedai buku yang dekat ngan umah korang dan lagik bagus kalau ada diskaun, dan cariklah tajuk yang korang berkenan.

Antaranya ADAM, HATIKU DI HARAJUKU,MANDATORI, RAHSIA PERINDU, RANGGAU, SATU JANJI,SEMANGAT HUTAN,TOMBIRUO,TOMBIRUO TERAKHIR, UNGU KARMILA, SEMBILAN NYAWA dan trilogi BAGAIKAN PUTERI,CINTA SANG RATU,HIJAB SANG PENCINTA serta sambungan pada trilogi ni..kira latest la ni.. CINTA SUFI. Pada yang baru nak kenal, aku cadangkan korang mulakan dengan baca HATIKU DI HARAJUKU atau BAGAIKAN PUTERI. Sebabnya?? bagi aku, novel ni adalah antara yang terbaik hasil karya Ramlee Awang Murshid nih.Eh,tapi RAHSIA PERINDU pon besh, UNGU KARMILA pun, eh?eh?ehhh?? Tapi, aku mulakan koleksi dengan novel ADAM..novel ni yang buat aku jatuh chenta,bukan ngan en Ramlee,tapi ngan hasil karya dia. Sampai aku tak pandang novel penulis lain, selamat tinggal,sayonara!

Punya la aku minat kat dia nih sampai bila dia datang opis aku, aku terus terkedu..buat-buat macam tak kenal, padahal aku sikit punye stalker..wakaka! Bila bos cadangkan dia ni jadik salah sorang penulis skrip kat opis aku,kalo la tak sebab malu,da lame aku ketawa mengilai+terguling-guling sambil menjerit hooooooreyyyyy!!! tapi sayangnya, bos dia tak lepas..apedaaa..dan,walaupun ayahanda beta adalah kawan ngan saudara Ramlee nih, sikit pun aku tak sanggup nak bodek dapat novel free..wahaha! baek kan aku nih? sebab aku menghargai hasil karya dia yang bagus. Menda bagus beb, orang sanggup bayar lebih kott..

Oklah, aku tak jumpe blog en Ramlee nih,walaupun aku rasa mustahil dia takde blog..sebenarnya aku belum cari. Dah banyak kut aku promote,agak2 dapat novel free takk??lalalalalalal~

Khamis, 30 September 2010

masa

nape pagi-pagi sampai je opis mesti ngantuk?mase drive nak g keje ngantuk,drive nak balik ngantuk..bile lepak kat umah ngadap tibi tengok HBO tak ngantuk plak..bley plak overnite..heh,salah sape sebenarnye nih??

Rabu, 29 September 2010

haihh!!

Sahabat, kadangkala pengubat duka...

Kadangkala, penyebab duka....


Cukup mengecewakan untuk semua yang pernah bergelar sahabat!

Selasa, 15 Jun 2010

tak sanggup...

cehh,tengok aku nye tajuk da cam tajuk lagu plak..

act arini aku nak citer tentang sumtin seriyes lah..penah tak korang terfikir 1 ari korang bertemu ngan seseorang yang korang suka.dari pertemuan tuh mule la perkenalan,pastu bechentaaa, bertunang dan akhirnya berkahwin.. slame beberapa ari, bulan or taun korang kenal partner korang off course la perkahwinan tu yang paling dinanti-nantikan. orang slalu kata perkahwinan adalah permulaan sesuatu yang baru. masuk ke alam baru, rutin hidup yang baru, suasana baru..segala-gala nya baru laa..excited gilerr lah kan?? (mcm aku lahh,hohoho) tapi penah tak korang terfikir yang perkahwinan jugak adalah permulaan kepada perpisahan..mungkin ada orang yang tak suka statement aku nih..bukan la maksudnye aku tak galakkan korang kawin, tapi realiti nya yang aku sendiri rasai ialah ; saat aku sah bergelar isteri,secara automatik perasaan aku terbahagi 2. pertama, aku rasa bahagia, gembira, sebab akhirnya aku sah jadik milik die. kedua, aku rase sebak, sedey..sebab aku da masuk fasa seterusnya dalam hidup ni..(jugak tandanye aku da tue,huhu) bermakna makin dekat ngan perpisahan. setiap pertemuan ade perpisahan, tu sudah pasti..mungkin lambat, mungkin cepat..tapi 1 hari aku pasti akan berpisah ngan die. cuma bila n bagaimana kite takkan tau...

dan sekang disaat meniti saat bahagia ngan die, aku cuba persiapkan diri untuk berdepan ngan perpisahan yang tak terduga..sesuatu yang kalo diberi pilihan, aku tanak sesangat.aku nak idop ngan die sampai bile-bile..nak bahagia ade anak, cucu, cicit, piut, miut, kiut segalanye laa...nak jadik pasangan tua yang berdating kat taman sambil skodeng (ehhh???) anak-anak muda dating. jalan ngengada ngendeng bepegangan tangan..pegi honeymoon untuk ke berapa kali tah..buat segala aktiviti same-same. g mcd,tengok wayang..ala,mcm zaman-zaman couple dulu..aihhhh indah sungguh momen-momen tuh..tak dapat aku bayangkan kalo sume tu direntap dari aku..tapi ape kan daya, janji Allah tu tetap akan datang..aku cuma mampu berdoa moga-moga sampai syurga cinta aku tetap ngan die..amin.

Selasa, 8 Jun 2010

hari yang heppi !!

holaaa...arini aku pergi ujian suara..dapat n0 10.. (ni sume salah mamat depan aku,dah la cakap tepon kuat2 mcm kan kat pasar malam, lembab plak tuh kan aku dah dapat no 10!) walaupun 7.45 aku dah terpacak kat situ.hmmm, tunggu penilai sampai pukul 8.30, dengar penilai membebel benda yang sama ulang-ulang (asik-asik duk kempen jadikla pengulas sukan! yeahh) sambil brag pasal kepandaian die dalam technical words berkenaan sukan nih..eleh..

last-last giliran orang pertama masuk konti adalah hampir jam 10 pagi okehh! aku tengok first timer macam nak terkucil pun ade,wakaka. terpaksa la aku jadik akak-akak yang chill kan adik-adik.. (okeh,aku dah tue, fine!) sampai giliran aku, penilai tanya serba sedikit n here i go..gedebuk gedebak prang prung prenggg hentam sana sini sikit, feeling DJ prasan glamour sikit, aku pun siap.. masa nak kuar penilai panggil aku...

penilai  I :  cik *E#@%^)))^%^%$#! (nama adalah rahsia! ngggeeeee) dah biasa jadik DJ ke?

aku        :  tak pernah.. (sambil cakap lembut-lembut perempuan melayu terakhir)

penilai I  :  tapi gaya macam pernah, suara sedappp (masa ni aku terpaksa tarik-tarik kain sikit sebab
                 die punye tahap kembang sampai nak terkoyak)

aku       : *senyum* (huh,see the leg laa)

penilai II: berminat nak jadik DJ tak?

aku       :  huh, DJ radio kerajaan ape kelas...cehhhhh



(ok, yang last tu aku tipu.....fine!!)

Isnin, 7 Jun 2010

GOMEN

hari ni kawan aku ade UJIAN SUARA. pada yang tatau, ujian suara ni adalah medium ujibakat untuk skim Bakat & Seni (aku ni berbakat ke??) - masuk gov la tuh. aku pun ade ujian suara besok, dan yang lagik best aku da pergi ujian yang sama bulan lepas. best kan nak keje kerajaan, ujian seploh kali, dapat nye idak gak..cuba la sistematik sikit. yang dah pegi,tak payah pegi lagik, takdela kau nampak muka yang sama. n tak payah la kami-kami ni 'feeling' DJ sangat dalam konti tuh, malu okehh..bagi plak peluang kat orang yang tak dapat pegi sebelum nih. walaupun untuk gred berbeza,tapi kekdah nye same..ape sengal derang ni sume??

Khamis, 3 Jun 2010

BE@A NGANG

aku bengang!! aku di 'assign' slame 3 taun berturut-turut dengan someone yang frankly speaking takde orang nak bekerja bawah dia! ok,aku pasrah..tapi dis time aku rasa sangat rimasssss okehh...cukuplah kau ngadap muka aku 9 jam sehari kat opis.sekarang mase aku berehat,so gimme a break. asal aku bukak fb musti tercongok mesej-mesej kau utk aku; menda yang kau akan ulang besok pagi asal nampak muka aku. fine,cakap sekali aku paham,okeh?sekang nak bukak fb pun malas,takde privacy..n harap-harap die tak baca blog aku.. *ceh,macamla ade  orang baca kan,berangan lah kau bedah* sebab dia tu immediate bos aku..wakakak!
tapi tu la kan, cemana orang nak tahan keje ngan kau..bawak-bawak lah bertenang..tak payah ribut-ribut sangat.macam kan kau nak shooting besok..rimas n semak pale aku..




sian aku..dah la suami jauh..eh?haha! ;p
giler lame blog ni tak ber update,da bersawang kut..hmm,tu la,orang ade blog,ko pun nak ade blog,tapi harammmmm..mr.H pun naek bosan tengok aku duk blogwalking jek,die beria suh aku tulis blog..harharhar..die tatau okeh pasal blog yang da berabuk nih! wahh,lately kehidupan aku da banyak berubah.aku sekang seorang isteri, walaupun weekend wife je pun..kihkihkih..insyaallah dalam 2 minggu lagik maybe aku akan pindah,mane tahan beb duk jejauh..woohohoho...alhamdulillah,kehidupan makin tenang n stabil. sekang aku plak teruja bile dengar orang nak kawin.sebab majlis aku dulu taklah se best mane pun..tak cukup masa nak plan kaw2,cam 'wedding tergempar' jek..walaupunnnn...
well,insyaallah 22 aribulan ni aku akan outstation hampir 3 minggu.tak jauh mane pun tapi agak meroyan gakla mr.H kena tinggal nanti..hihihi..kali ni aku galas tanggungjawab yang baru n tak penah aku kenal selame nih. insyaallah,aku cuba sebaik mungkin..walaupun sekang aku rase nak surrender jek..hehe.. ha,maghrib da masuk,ape lagik?daaa..

Khamis, 14 Januari 2010

22 ari..

arini genap 22 ari aku bergelar isteri kepada Mr. H..kadang2 rase cam naek pangkat je,takde pape perubahan pun..masih lagik stay ngan family,masih lagik duk sensorang kat umah..haihhh..boreddd...terpakse duk berjauhan,Mr H keje taklah jauh sangat,cuma problem skit tang transport untuk die ulang alik..almaklumlah,sejam tuh kalo drive dari umah aku nih.rase perantin baru tuh masih ade,malah masih terima hadiah lagik..huhu..part tuh yg besh..kehkehkeh..

part yang tak besh nye,duk asing camni wat aku rase sunyi..well,parents aku bukan slalu kat umah..home alone memang membosankan..ngan si dia yg bz manjang,call pun dalam 5 minit sehari..kadang2 memang buat aku moody ngan dia..hmmm..takde mood nak update entry..bye.