Selasa, 12 Oktober 2010

Ohhh mai...

Omaigod! Omaigod! macam mana aku boleh lupa!!!!! Ohhh my gucci..ehh??

Walawei, aku tak sangka aku boleh tatau yang Ramlee Awang Murshid dah kuarkan novel terbaru (yang tak berapa baru sangat dahh!!) Padahal aku antara pengumpul novel-novel dia slama nih..semua novel dia aku ada.. Yang paling aku suka trilogi Bagaikan Puteri..sambungan trilogi ni la yang da kuar lantas aku tatau! Tajuk dia CINTA SUFI. Dengan segera tangan aku capai hp n jari-jari demok aku nih dgn pantas dan tuntas sms Mr.H..
'BALIK NANTI SILA BELI NOVEL RAMLEE AWANG MURSHID YANG TERBARU DI KEDAI BIASA SEBAB KAT SITU MURAH CKIT,DAPAT DISKAUN'..hehehehehe..baguskan?

Buat pengetahuan korang yang tak pernah baca novel-novel Ramlee Awang Murshid nih (panjang betul nak kena taip) novel dia adalah marvellous! menjilatttttttttt......jari. Segala elemen ada..yang paling aku suka dia terapkan elemen keagamaan dalam setiap novel dia tanpa unsur yang membosankan..bosankah belajar agama??owh,jahil sungguh aku ini.. btw, pada sesiapa yang minat novel-novel melayu dan belum pernah baca karya beliau,aku cadangkan korang pegi kedai buku yang dekat ngan umah korang dan lagik bagus kalau ada diskaun, dan cariklah tajuk yang korang berkenan.

Antaranya ADAM, HATIKU DI HARAJUKU,MANDATORI, RAHSIA PERINDU, RANGGAU, SATU JANJI,SEMANGAT HUTAN,TOMBIRUO,TOMBIRUO TERAKHIR, UNGU KARMILA, SEMBILAN NYAWA dan trilogi BAGAIKAN PUTERI,CINTA SANG RATU,HIJAB SANG PENCINTA serta sambungan pada trilogi ni..kira latest la ni.. CINTA SUFI. Pada yang baru nak kenal, aku cadangkan korang mulakan dengan baca HATIKU DI HARAJUKU atau BAGAIKAN PUTERI. Sebabnya?? bagi aku, novel ni adalah antara yang terbaik hasil karya Ramlee Awang Murshid nih.Eh,tapi RAHSIA PERINDU pon besh, UNGU KARMILA pun, eh?eh?ehhh?? Tapi, aku mulakan koleksi dengan novel ADAM..novel ni yang buat aku jatuh chenta,bukan ngan en Ramlee,tapi ngan hasil karya dia. Sampai aku tak pandang novel penulis lain, selamat tinggal,sayonara!

Punya la aku minat kat dia nih sampai bila dia datang opis aku, aku terus terkedu..buat-buat macam tak kenal, padahal aku sikit punye stalker..wakaka! Bila bos cadangkan dia ni jadik salah sorang penulis skrip kat opis aku,kalo la tak sebab malu,da lame aku ketawa mengilai+terguling-guling sambil menjerit hooooooreyyyyy!!! tapi sayangnya, bos dia tak lepas..apedaaa..dan,walaupun ayahanda beta adalah kawan ngan saudara Ramlee nih, sikit pun aku tak sanggup nak bodek dapat novel free..wahaha! baek kan aku nih? sebab aku menghargai hasil karya dia yang bagus. Menda bagus beb, orang sanggup bayar lebih kott..

Oklah, aku tak jumpe blog en Ramlee nih,walaupun aku rasa mustahil dia takde blog..sebenarnya aku belum cari. Dah banyak kut aku promote,agak2 dapat novel free takk??lalalalalalal~

Tiada ulasan: