Selasa, 15 Disember 2009

wayang kita

Hujung minggu yang baru lepas nih, walaupun sibuk sangat dengan macam2 urusan untuk persiapan menjelang hari bahagia yang dah dekat sangat nih,sempat lagik aku luangkan masa dengan Mr H gi tengok wayang. kitorang memang kaki wayang, tambah-tambah lagik Mr H aku tu,pantang ade masa terluang jek musti heret aku gi panggung..so,terjadikla 'scene-scene' di mana tiba-tiba bergema suara orang mengeruhhhhhh dan tangan aku pun sepantas ultra trus goyang-goyang kaki Mr H..tak pun, aku tolak kepala die sikit, kasik rendah itu volume..hahahhaha!! padan muka! dah la ajak aku tengok citer tak besh langsung, dibantai tido plak tuh..penah skali tu kami dah takde aktiviti, so tengok 3 movie sekaligus..takyah teka laa ape hasilnya..sepanjang tiga-tiga movie tuh aku naik bosan kejut orang berdengkurrrrr...

balik pada movie, aritu aku n Mr H tengok la 3 movie lagi..lepas gian nih, dah lame tak masuk pawagam..hehe..

1st, kami tengok cerita Santau : dengki sampai mati. ermm, overall kira oklah cerita ni. nak kata syokk sangat tu taklah, memang tokleh lawan Jangan Pandang Belakang. kejutan-kejutan dia pun tak menjadi sangat pada aku sebab macam dah boleh agak jalan cerita dia. pelakon-pelakon pun biasa-biasa saja, tapi aku suka lakonan Putri Mardiana masa dia kena rasuk tu..memang agak real laa terutama part dalam kereta masa Zul Handyblack baca ayat-ayat Quran, dia siap gelak-gelak dan ejek-ejek lagik..dan 1 lagi masa nak berubat depan Lebai tu..memang ekspresi dia mantap.. tapi untuk babak-babak lain, lakonan dia biasa je..





                                                                         

pastu kami tengok cerita Jalang plak..haiihh,pilih cerita ni aku sangat-sangat menyesal.rasa rugi beli tiket untuk tonton filem macam ni.nota untuk penerbit-penerbit yang nak menerbitkan filem : tolonglah,kami rakyat malaysia bukan tinggal di atas pokok untuk tengok cerita yang langsung takde kualiti camtu.usia industri filem malaysia sepatutnya dah cukup matang untuk hasilkan filem-filem sehebat walaupun bukan filem hollywood,tengok saja lah filem-filem thailand.
sejujurnya pemilihan pelakon utamanya sangat tak kena..tonton filem nih seolah-olah aku tengok gelagat pondan duk goda jantan-jantan tua.babak-babak sedih pulak banyak yang terlalu berusaha meraih airmata penonton sampaikan ramai yang duk gelak-gelak dalam panggung tu.maleh aku nak cerita banyak, filem ni memang langsung tak best.





last sekali kami tengok plak filem Storm Warriors II..wahhh, tatau nak cakap macam mana, tapi filem ni buat aku n Mr H ternganga n tak berkelip2 mata pandang skrin. satu pawagam tu senyap sunyi langsung tak dengar bunyik pape pun..
Kesinambungan kali ni berkisar tentang Lord godless yang nak kuasai China. Kuasa Lord Godless ni memang hebat sampaikan Wind dan Cloud kena dapatkan kuasa tambahan untuk kalahkan dia dengan bantuan Nameless dan Lord Wicked.CGI dia memang best, aku suka.walaupun banyak aku dengar kritikan yang kata CGI dia tiru filem 300, tapi special effect dia memang cantik dan kemas. tak nampak langsung cam hantu main bola-bola api.. (korang paham maksud aku??tak paham sudah!)lantaklah, dah guna teknologi sama..filem malaysia bila lagi??
 






 

Tiada ulasan: