Ahad, 24 Oktober 2010

rasa

sakitnye..
boleh membunuh aku dalam diam..
boleh meresahkan jiwa yang kelam..
boleh membakar mimpi yang telah padam..

resahnya..
bikin hatiku tak boleh diam..
bikin tenangku berkocak dalam..
bikin senyumku makin suram..

seksanya..
bila lara datang merapat..
bila mata ku pejam erat..
bila hatiku ku tutup rapat..

menangis..
saat lidah tak mampu bicara..
saat hati jiwa ku lara..
saat bahagia tak lagi ku gembira..

Rabu, 13 Oktober 2010

vs



Sekarang ni sume orang giler kan Maher Zain. Sana sini Maher Zain.. Fb Maher Zain, Youtube Maher Zain.. Malah bukak radio pun lagu Maher Zain.Dalam status fb masing-masing pun sibuk duk persoalkan siapa & apa istimewanya manusia bernama Maher Zain ni. Tapi yang peliknya ramai yang sibuk duk persoalkan populariti Maher Zain ni adalah lelaki..hmmm,jeles kah? kekekek..dan tak kurang jugak ada yang menyampah tengok gelagat awek-awek bertudung terkinja-kinja pegi showcase Maher Zain. yela,kununnye tak sesuai dengan konsep muzik yang si Maher ni bawak.Susahkan?Tengok konsert yang penuh ngan lagu-lagu memuji Allah pun kena kutuk. Well,ada kebenarannya jugak apa yang dorang kutukkan tu. Mentang-mentangla si Maher tu encem,kemain lagik korang ek! Enjoy tak salah,excited pun tak salah..asalkan jangan melampaui batas dan menyalahi konsep. Aku tanak sentuh pasal hukum,sebab sume pun tau ape hukum pegi tempat yang percampuran lelaki dan perempuan begitu bebas. Apa pun aku peminat Maher Zain.korang nak kata apa pun kata la.aku da beli album dia,hakhak! Bagi aku dia ni jadik fenomena sebab dia ada kriteria yang membolehkan dia diterima ramai - encem, berbakat, lagu-lagu yang baik.
                                                                      


  maher zain 
Imej dia pun baik..kita lupa kan lah kisah hitam dia sebelum ni. Semua orang ada sejarah masing-masing. Kira bagus dia berhijrah kearah yang lebih baik.Sepatutnya sebagai saudara seagama kita bagi sokongan kat dia,bukan kutuk. Kalau betul pun dia nak kaut keuntungan dengan cara ni, tu antara dia dengan Tuhan. Kita sebagai hamba ni tak layak nak menghakimi orang lain. mana tau lagu-lagu dia tu boleh bagi keinsafan kat orang lain..bukan ke bagus tu..aku sendiri pun bila dengar lagu-lagu dia cepat tersentuh hati..owh,banyak sungguh dosa-dosa aku,,iskk!

Selain Maher Zain, Glambekk@adam lambert pun nak datang sini buat konsert.yang ni aku tak dengar sepatah haram orang duk persoalkan dia.padahal dia ni kemain lagik GAY yang amat.takde plak korang nak kata dia datang sini nak kaut untung,padahal terang-terangan dia memang buat konsert sebab nak untung.aku memang tak berkenan lah ngan dia ni,tak kira lah orang puji dia cemana pun.buat lah promo berdentum pun aku tak hingin nak pi..dah la mekap tebal nak mampus.dan dia plak fofular sebab ape yek?lagu dia sedaplah jugak,boleh buat lagu tahan ngantuk..hehehe..



     adam lambert           






   



kudos images to mr google!

Selasa, 12 Oktober 2010

Ohhh mai...

Omaigod! Omaigod! macam mana aku boleh lupa!!!!! Ohhh my gucci..ehh??

Walawei, aku tak sangka aku boleh tatau yang Ramlee Awang Murshid dah kuarkan novel terbaru (yang tak berapa baru sangat dahh!!) Padahal aku antara pengumpul novel-novel dia slama nih..semua novel dia aku ada.. Yang paling aku suka trilogi Bagaikan Puteri..sambungan trilogi ni la yang da kuar lantas aku tatau! Tajuk dia CINTA SUFI. Dengan segera tangan aku capai hp n jari-jari demok aku nih dgn pantas dan tuntas sms Mr.H..
'BALIK NANTI SILA BELI NOVEL RAMLEE AWANG MURSHID YANG TERBARU DI KEDAI BIASA SEBAB KAT SITU MURAH CKIT,DAPAT DISKAUN'..hehehehehe..baguskan?

Buat pengetahuan korang yang tak pernah baca novel-novel Ramlee Awang Murshid nih (panjang betul nak kena taip) novel dia adalah marvellous! menjilatttttttttt......jari. Segala elemen ada..yang paling aku suka dia terapkan elemen keagamaan dalam setiap novel dia tanpa unsur yang membosankan..bosankah belajar agama??owh,jahil sungguh aku ini.. btw, pada sesiapa yang minat novel-novel melayu dan belum pernah baca karya beliau,aku cadangkan korang pegi kedai buku yang dekat ngan umah korang dan lagik bagus kalau ada diskaun, dan cariklah tajuk yang korang berkenan.

Antaranya ADAM, HATIKU DI HARAJUKU,MANDATORI, RAHSIA PERINDU, RANGGAU, SATU JANJI,SEMANGAT HUTAN,TOMBIRUO,TOMBIRUO TERAKHIR, UNGU KARMILA, SEMBILAN NYAWA dan trilogi BAGAIKAN PUTERI,CINTA SANG RATU,HIJAB SANG PENCINTA serta sambungan pada trilogi ni..kira latest la ni.. CINTA SUFI. Pada yang baru nak kenal, aku cadangkan korang mulakan dengan baca HATIKU DI HARAJUKU atau BAGAIKAN PUTERI. Sebabnya?? bagi aku, novel ni adalah antara yang terbaik hasil karya Ramlee Awang Murshid nih.Eh,tapi RAHSIA PERINDU pon besh, UNGU KARMILA pun, eh?eh?ehhh?? Tapi, aku mulakan koleksi dengan novel ADAM..novel ni yang buat aku jatuh chenta,bukan ngan en Ramlee,tapi ngan hasil karya dia. Sampai aku tak pandang novel penulis lain, selamat tinggal,sayonara!

Punya la aku minat kat dia nih sampai bila dia datang opis aku, aku terus terkedu..buat-buat macam tak kenal, padahal aku sikit punye stalker..wakaka! Bila bos cadangkan dia ni jadik salah sorang penulis skrip kat opis aku,kalo la tak sebab malu,da lame aku ketawa mengilai+terguling-guling sambil menjerit hooooooreyyyyy!!! tapi sayangnya, bos dia tak lepas..apedaaa..dan,walaupun ayahanda beta adalah kawan ngan saudara Ramlee nih, sikit pun aku tak sanggup nak bodek dapat novel free..wahaha! baek kan aku nih? sebab aku menghargai hasil karya dia yang bagus. Menda bagus beb, orang sanggup bayar lebih kott..

Oklah, aku tak jumpe blog en Ramlee nih,walaupun aku rasa mustahil dia takde blog..sebenarnya aku belum cari. Dah banyak kut aku promote,agak2 dapat novel free takk??lalalalalalal~